Memoires

Memoires

Sunday, 5 October 2014

Helah si tukang Emas


Pertama kali dalam sejarah ditipu oleh penjual emas.. Walaupun tak ada bukti yang kukuh mungkin boleh dijadikan rujukan buat orang lain.

6/10/14, 11am, kedai emas kuda tumpat
Pergi mencari kedai emas kawasan tumpat. Jumpa satu kedai yang design subang di kedai nya agak menarik dan terus berkenan. Sebab niat dihati nak beli subang dikelantan untuk mak. Walaupun tak ada pilihan sangat kira yang ni boleh la.

Sampai dikedai terus tanya harga untuk satu gram. Aunty ni jawab RM128. Humm ok da murah. Pilih satu yang macam diatas ni dia pon buat kira2 macam biasala sambil tekan2 calculator. 
Berat emas 2.58g. Lepas kira dia jwb RM436. Tanya dia upah dia ambik berapa then dia jawan RM85. Mintak kurang mula2 dia tak bagi. Katanya murah la ni kat kuala lumpur 1gram dah RM150. Tapi biasa la kita nak juga tawar menawar ni. Pas mintak kurang last skali dia bagi RM420. Terus rasa ok dan bayar. 

OTW balik rumah buat kira2 dalam kereta..
2.58g x RM128= RM330.24
RM420 - RM330.24 = RM89.76

Aiikk.. Bodohnya diri ni.. Kena tipu macam tu jer. Padahal time blajar dulu math mmg score A+ memanjang. Siap dapat anugerah pelajar terbaik untuk subject math. Tak puas hati betul kalu kena tipu bodoh2 macam ni. Maknanya upah dia kira RM104.76 sebelum mintak kurang. Banyaknya nyonya oii... Macam beli kat habib plak. Subang pon ambik upah banyak camni. Yang peliknya sebelum2 ni kalau pergi beli emas lepas toke wat kira2 mesti sy pinjam kalkulator untuk kira balik. Tapi kali ni terus je ok.

Moral of story: Jgn percaya 100% pada penjual mana2 pon. Kirala dulu untuk tak menyesal kemudian hari walaupun seringgit ok.. Hehe

~~xmo lg bli emas di kedai emas cineerr... Ok bye~~

Saturday, 6 September 2014

Misi mencari penapis air

Tahap kesedaran kesihatan telah membuatkan diri ini untuk mencari penapis air yang dalam budget.

Coway??? Mahal sangat dan taknak berhutang untuk bayar bulan2. Awal2 reject.

Jadi kita tanya abg Google. Type jer penapis air keluar la pasal "penapis air dr jabbar". Ini iklan nyer..
Murahkan?? Tp byk sgt post yg duk maki hamun Bosss dr jabbar ni. Pasal video ketidakpuashatisan nyer tu. Jdnya ada efect skitla kepada hati ni untuk tidak membeli produk dia. Kesian kan?? Padahal xde kena mengena pon dgn penapis ni.

Balik kerja rasa nak pergi survey membuak2. Jadinya ajak Kekasih hati pergi warta jap. Hummm.. Ada 2 kedai penapis dalam warta. Mula2 berkenan dengan yang ni.

Tapi baru tahu rupa2nya jenis ni bukanla berfungsi untuk menapis segala makhluk2 didalam air. Fungsi utama hanya untuk panaskan dan sejukkan air.
Kat rumah tak minum air sejuk pon. Jadinya cari penapis jela.. 

Tengok kedai tingkat satu. Brand ni murahnya. Company ni plak dah lama dipasaran. Air hasil tapisan mengandungi mineral dan beralkali. Harganya RM480. Try mintak kurang akhirnya akak ni cakap dia bg free filter yang mahal RM50. Try lagi mintak diskaun n cakap kami nak pasang sendiri jer. Tak perlu hantar ke rumah. Then terus dia kurangkan sehingga RM450. Yuhuuu.. Murahnyerrr dan terus bayar.
Balik rumah terus pasang dan inilah hasilnya. Hehe.. 

Menarik x?? Siap ada paip comel gitu..
Okla.. Cukup setakat ni!!

~~Rien n’est impossible, seules les limites de nos esprits dĂ©finissent certaines choses comme inconcevables~~




Sunday, 24 August 2014

PicNic di Hari Raya 2014


Yuhuuuu.. Masa untuk merapatkan lagi hubungan bersama keluarga. Hidup diperantauan jadinya kami buat aktiviti keluarga dihari raya ke-2. Nak beraya rumah sedara mara jauh sgt. Jom kita menikmati keindahan alam.

Lokasi percutian: Rompin

Aktiviti: 
1. BerBBQ ayam n kambing
2. Berkhemah
3. Mandi manda
4. Bola tampar n sepak
5. Bersalaman bermaaf-maafan

Jom cerita pasal chalet. Kami menyewa 3 design rumah kampung (rm180) + 1 chalet 2 tingkat (rm180) = rm360
Gambar tingkat atas chalet double storey.

Tepian pantai.....
Pukul 1 kami sampai terus makan tengahhari disini. Bekalan bawa dari rumah siap2 k. Ramai askar jadinya masak lagi jimat. Hehe

Lepas makan terus check-in. Yang lain start main bola tampar. Kemudahan disini dah ada net bola tampar. Tempat berBBQ.

Pukul 5 start pasang khemah tapi kena buka balik sebab hujan dan angin yang sangat kuat. Last sekali semua tido dalam chalet jer.

Pukul 6 dah start buat api untuk berBBQ. Aktiviti berjalan sehingga pukul 11 malam.
Time makan ais krim. Beli dekat kedai 1 malaysia.
Gambar dalam phone jer ni.. To be continue dengan gambar dalam camera plak k...


~~Il y a des images de bonheur que l'on n'a pas le droit de retoucher~~








Rumah terbuka Hari Raya 2014

Selamat Hari Raya semua....
Minta maaf salah silap dari saya yang tidak sempurna ni. 

Ok!! Seperti tahun2 sebelum ni kami berhajat untuk berkongsi sedikit dengan kawan2 rezeki yang Allah telah berikan kepada kami. Semoga rezeki kami bertambah dan dipermudahkan kehidupan kami untuk hari mendatang.

Tahun ni tak jemput ramai pon. Sebab budget dah banyak lari dan tak dapat dikejar lagi sehingga hari gaji. Hehehe

Berikut menu2 yang disediakan;

1. Laksa penang

2. Laksa lemak

3. Nasi kerabu

4. Nasi impit

5. Rendang ayam
6. Biskut raya
7. Ayam bakar

Huhu... Banyak x?? Masak sampai pukul 2 pagi ok. Sorang2 gigih memasak. Kesian x? Hehe

Ok.. Jom kita layan gambar bersama dengan tetamu pulak. Minta ampun maaf yer semua.

1) Ah-man n her family


2) kwn2 yun: shifa, ida, yun n me

3) kak fara n family
4) fazi n eja family
5) rex n family


Minta maaf yer semua kawan2.. Diharap hubungan kita semua kekal hingga ke anak cucu. Love u all..

~~La vie est une fĂȘte.~~

Thursday, 31 July 2014

Resepi MURTABAK MAGGI


Hari raya ke-5 kita breakfast dengan murtabak maggi. Sebab brg lain xbli lg. ni jer yg ada kat dapur. Simple, cepat dan sedap.

Bahan2:
- 2 bungkus maggi apa2 jenama
- sedikit  ayam/daging 
- 4 biji telur
- bawang merah *
- bawang putih *
- cili padi *
- perencah maggi

Cara2:
1. Rebus maggi sehingga kembang
2. Hiris bahan bertanda (*) 
3. Pukul telur dan masukkan bahan yang dihiris. Masukkan perencah maggi.

4. Masukkan maggi yg sudah kembang

5. Kacau sedikit bagi sekata.
6. Masak diatas pan yang tidak melekat. Gunakan api yang kecil supaya masak sampai dalam.
7. Sedap dimakan semasa panas2 bersama sos cili dan mayonis.


~~ Merci Allah de nous donner une vie heureuse~~