Memoires

Memoires

Tuesday, 15 March 2016

Cara tukar nama pemilik bil air dan elektrik

Salam semua..

16/3/2016
Hari ni pergi tukar nama untuk bil2 yang dah setahun pakai nama owner lama rumah. Pergi syabas kajang pukul 8.17am, rupa2nya pukul 9 baru buka. Jenuh jga tunggu. Sambil2 tu susun la SNP yg baru je photostate 4 copy. Jom baca dibawah 👇 macam mana cara nak tukar:

1) Tukar nama pemilik untuk BIL AIR
Lokasi: Syabas Kajang (depan hospital kajang)
Parking boleh kat dalam yer untuk semua kenderaan.
Waktu Operasi: 9am-5pm

Dokumen yang diperlukan:
1. Photocopy IC
2. S&P
3. Bil air terkini

👉Masuk je terus minta borang untuk penukaran hak pemilik. Isi borang 
👉kemudian ambik nombor. 
👉Sediakan duit untuk cagaran + upah pemasangan + servis = RM134 (ni bayaran untuk rumah saya yer)
👉Dalam 15mnt siap semua. 
👉Tempoh pemasangan 3 hari bekerja tapi kalau nak cepat boleh call bahagian pemasangan meter dan bagitahu kita nak cepat. Kalau bernasib baik hari yg sama pon boleh siap.

2) Tukar nama pemilik untuk BIL ELEKTRIK
Lokasi: TNB kajang (bersebelahan arked mara kajang)

Dokumen yang diperlukan:
1. Photocopy IC
2. S&P
3. Bil elektrik terkini

👉Masuk je terus minta borang untuk penukaran hak pemilik. Isi borang 
👉Xperlu ambik nombor sebab tak de orang pon. Huhu
👉Sediakan duit untuk cagaran + upah pemasangan + servis = RM263.20 (ni bayaran untuk rumah saya yer)
👉10minit siap semua

🐾🐾tak perlu beli setem hasil sebab tnb boleh buat semua. So, kita bayar je RM10 untuk setem.

Ok.. Mudah dan cepat! Untuk dua urusan ni tak sampai satu jam pon. Sistem kat malaysia ni dah bertambah baik. Syukur!!

Lepas ni sy akan terangkan untuk tukar nama IWK dan cukai pintu pulak... 

27 comments:

  1. Xperlu..bw dokumen yg dinyatakan shja

    ReplyDelete
  2. owner lama perlu potong nama di TNB ker ? bru bleh apply

    ReplyDelete
  3. Kita kene tukar nama dulu, baru owner lama boleh tutup akaun ambik deposit dia.. tq atas info sy baru setelkn tukar nama harini

    ReplyDelete
  4. Kita kene tukar nama dulu, baru owner lama boleh tutup akaun ambik deposit dia.. tq atas info sy baru setelkn tukar nama harini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya 1 hari sahaja yee? Kena bwk docs Pe ye

      Delete
  5. TK byk utk info yg sgt baik ...
    Nak buat kat mytnb sy dah try tapi complicated sgt..

    ReplyDelete
  6. Tapi kalau xde bil2 terkini tu takpe ke? Sbb owner lama x bagi pun. Cuma ada no akaun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xpasti pulak..tp rasa macam boleh. Xpon boleh call dulu tanya..xda bazir masa kan

      Delete
  7. Klu owner dah settlekan semua bill letrik, da tutup account. Dkt mane kite nk cr latest bill letrik tu

    ReplyDelete
  8. ada kene wang pos ke biasaye brp puluh ye

    ReplyDelete
  9. tukar nama owner pada bil air
    haritu call kata kena downdload borang water application & 2copies of water supply agreement

    ReplyDelete
  10. Kalau nk tuka owner baru..duit deposit owner lama mcm mne

    ReplyDelete
  11. maklumat yg sangat tepat dan membantu..trimakasih....☺️☺️

    ReplyDelete
  12. cukai pintu saya sudah buat di MPKJ tingkat 4...iwk boleh mohon penukaran nama melalui email saja kan?

    ReplyDelete
  13. so owner lma x yah mai la nohh... sy x tukar lg

    ReplyDelete
  14. Utk tukar Nama pada Bill Air, owner lama kena dtg x, or kena attach apa2 surat x Dr owner lama

    ReplyDelete
  15. kalau jadi wakil nk tolong buatkn boleh ke?mcm rumah atas nama isteri,tp pakai ic saya utk proses penukaran?

    ReplyDelete
  16. Apasal byk kena bayar?? meter semua dah ada memang dah ada. Cuma nak tukar nama je

    ReplyDelete
  17. Saya dah g tmb selangor dan saya beli rumah second.onwer lama api dia mati tahun 2000 so saya nk tukar dah x boleh sbb ni thun 2019..dan tmb kata kena buat semula dan mintak 1000 rm500pendftran tmb. Rm 500 lagi pasang papan meter dan chek hamal nye..mcm mana saha nk buat ye

    ReplyDelete
  18. SNP tu apa ? Blh terangkan x

    ReplyDelete
  19. betulke nak ubah penama kena gambar rumah ge

    ReplyDelete
  20. Rumah atas tanah TOL mcm mana prosuder tukar nama

    ReplyDelete
  21. aku beli uma 2016 smpai skrg x tukar nama bil api dan air.. sbb benda tu renyah sbb owner xnak bkerjasama.. dia pon x peduli duit dekt pba tu..hehehe

    ReplyDelete