Menu untuk hari yang sangat penat. Aktiviti yang berfaedah di pagi hari. Kami merajinkan diri dengan bergotong royong bersama penduduk setempat. Pukul 9.30am sampai 12.00pm.
Setelah selesai, bermulala peperangan didapur pula. Ini juga kali pertama diri ini berjinak2 memasak nasi dagang. Hasilnya sungguh amat terharu apabila encik suami cakap sedaaaaappppp!!! Hehe...
Result: ☀☀☀☀☀ 5 stars
Bahan A :
1 cawan beras wangi
1 sudu makan halba
3 cawan santan (1 biji kelapa)
1 sudu makan gula
garam secukup rasa
Bahan B :
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
Caranya :
Basuh beras kemudian toskan.
Masukkan bahan yang dihiris dan semua Bahan A ke dalam periuk non-stick dan kacaukan di atas dapur sehingga santan sebati dengan beras.
Masukkan beras dan santan yang sudah sebati ke dalam kukusan berlubang.
Kukuskan sehingga naik wap selama 30 minit.
GULAI IKAN AYA@TONGKOL
Bahan-Bahan :
1 ekor ikan aya@tongkol
3 keping asam keping
sedikit garam
air secukupnya
Bersihkan ikan aya dan potong.
Masukkan dalam periuk dan masukkan asam keping, garam dan air.
Air hendaklah melebihi paras ikan.
Masak dengan api sederhana sehingga air tinggal lebih kurang 1/4.
Lagi lama ikan dimasak lagi sedap, isi ikan pun lebih pejal.
Bahan Untuk Kuah :
4 sudu besar cili mesin *
7 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1 inci kunyit hidup *
3 sudu besar rempah kari babas
2/3 cawan santan fresh/pekat
4 cawan air
air asam jawa
nisan/gula melaka
garam
sedikit gula
minyak
( bahan bertanda * hendaklah dikisar)
Bahan Penumis:
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
Caranya :
Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan penumis.
Biarkan hingga wangi dan masukkan bahan yang dikisar.
Goreng hingga menjadi garing dan hingga sedikit kering dan masukkan rempah gulai.
Masukkan 1/2 cawan air dan masak lagi hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan lebihan air dan masak hingga mendidih.
Masukkan santan dan renihkan hingga kuah mendidih sambil sesekali mengacau.
Masukkan air rebusan ikan, jus asam jawa, belacan, nisan/gula melaka, garam dan gula.
Masak hingga kuah sedikit pekat dan masukkan ikan yang dah dimasak tadi.
Renih lagi kuah hingga kepekatan yang disukai.
Sekiranya kuah terlalu pekat dan tak pecah minyak bolehlah ditambah air panas dan masak semula hingga keluar minyak.
** ikan aya lebih sedap direbus lebih awal dan dibiarkan supaya rasa masam-masam tu meresap ke dalam isi ikan.
Sekian.... Selamat mencuba lagi..
~~la vie est belle~~