Memoires

Memoires

Wednesday, 4 June 2014

Cara2 membeli rumah second hand



1: cari rumah yang diidamkan.
Boleh cari secara online atau jalan2 keliling taman atau tengok ditiang di sepanjang jalan dan banyak cara lagi la. Bergantung kepada tahap kerajinan korang semua.

2. Dah jumpa rumah yang diminati.
Sila buat temujanji dengan penjual rumah tersebut untuk pergi melihat rumah.

3. Pergi tengok rumah.
Pastikan bawa wang deposit sekali yer. Manalah tau terus berkenan. Tanyala soalan2 yang patut pada penjual. Tanya sampai puas hati. Kalau ada penyewa lagi dirumah tu lagi bagus tanya diorang. Sebab diorang lagi tahu hal rumah tu. Kalau nak lagi puas hati, cuba cari rumah untuk dijual di kawasan tu juga dan pergi tengok. Boleh banding harga terus. Yang paling penting tanya bank value berapa untuk rumah tu. Kalau lagi murah jenuhla nanti nak bayar. 

4. Bila dah suka dengan rumah tu.
Bayarla deposit seperti yang ditetapkan. Ada stgh penjual hanya minta 3% jer dan ada yang minta 10%. Benda ni boleh bincang dengan penjual sebenarnya.

5. Cari bank untuk membuat loan.
Selepas selesai bayaran deposit. Cari bank yang terbaik untuk loan dan bagi dokumen yang diperlukan. Kalau pinjaman diluluskan dari bank tersebut. Dokumen akan dibuat. Proses ni ambil masa tak sampai sebulan untuk bank sediakan document. Document yang diperlukan untuk membuat pinjaman perumahan;
-Booking form 
-Ic photocopy 
-3 mths pay slips 
-3 mths bank statement (salary credited )
-Epf 
-Ea form / be form / tax receipt 
-Backup: asb,  fixed deposit, other bank savings, unit trust ....

6. Cari lawyer.
Sebaiknya cari lawyer selepas bayar deposit rumah. Bila semua dokumen bank dah siap boleh terus pass sahaja pada lawyer. Biasanya perjanjian jual beli ni adalah 3 + 1. Bermakna segala urusan dalam masa 4 bulan. Jika melebihi tempoh yang ditetapkan pembeli boleh dikenakan penalty.

7. Follow up lawyer
Benda yang paling wajib dibuat. Pastikan korang selalu follow up lawyer. Seminggu sekali untuk tanya status korang. Jangan harapkan 100% peratus pada lawyer. Kalau terlebih 4bulan nanti pembeli yang kena. 

8, Bank dah release duit dan semua urusan lawyer settle.
Sebelum tandatangan dokumen penyerahan cek kepada penjual pastikan semua bil2 rumah yang dibeli tiada tertunggak. Contoh bil; bil air, elektrik, indah water, maintenance rumah, cukai pintu dll.

9. Penyerahan kunci.
Masuklah rumah yang sudah dibeli tu.

10. Penukaran nama bil air & elektrik.
Akan dihuraikan kemudian......


~~ La vie est belle ~~


No comments:

Post a Comment