Memoires

Memoires

Thursday, 31 July 2014

Resepi MURTABAK MAGGI


Hari raya ke-5 kita breakfast dengan murtabak maggi. Sebab brg lain xbli lg. ni jer yg ada kat dapur. Simple, cepat dan sedap.

Bahan2:
- 2 bungkus maggi apa2 jenama
- sedikit  ayam/daging 
- 4 biji telur
- bawang merah *
- bawang putih *
- cili padi *
- perencah maggi

Cara2:
1. Rebus maggi sehingga kembang
2. Hiris bahan bertanda (*) 
3. Pukul telur dan masukkan bahan yang dihiris. Masukkan perencah maggi.

4. Masukkan maggi yg sudah kembang

5. Kacau sedikit bagi sekata.
6. Masak diatas pan yang tidak melekat. Gunakan api yang kecil supaya masak sampai dalam.
7. Sedap dimakan semasa panas2 bersama sos cili dan mayonis.


~~ Merci Allah de nous donner une vie heureuse~~

Resepi Tart Nenas Gebu

RESEPI TART NENAS GEBU

Bahan2;
115 gram
115 gram
1 biji telur gred B
450 gram
sedikit garam
air sejuk-jika perlu

Cara2:
1. Pecahkan telur di dalam bekas adunan,
2. Masukkan butter dan minyak sapi
Gaul hingga sebati dengan hanya menggunakan whisk
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4.  Bentukkan tart mengikut kesesuaian anda. Jika letak inti yang banyak maka dapatlah tat yang tebal.
5. Sapukan kuning telur diatas tart untuk mrncantikkan ia.

5. Bakar pada suhu 170C-180C selama 20-25 min


Jem boleh dapatkan dikedai kek atau pun kalau rajin buat sendiri. Kat bawah ni pon kita bagi cara2 membuat jem nenas.

Resepi JEM NENAS
Bahan2;
10 biji nenas-di sagat dan toskan airnya
3 kampit gula
sedikit pewarna kuning
 TIPS:
Jangan guna nenas yang masak sebab terlalu banyak jus.kalau nak guna jugak,kena kurangkan gula la ya,sebab takut terlampau manis.

Cara membuatnya:

1. Kacau nenas dan gula dalam kuali.
Bila hampir kering masukkan pewarna kuning.
2. Kacau hingga kering dgn api yang perlahan.
3. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara untuk digunakan bila2 masa.

Ni tart nenas bunga. Time ni rajin nak buat. Jadinya kita berkreatif disini.



~Merci~

Sunday, 27 July 2014

Les activities pendant l'AID EL FITR

Pour cette année, la celebration de l'AID doit être plus hereuse. La liste ce que je doit faire est commi ci-dessous;
1) Je veux faire tous les biscuits de l'AID est moi meme. Voila la photo. Je vais ecrire après la recette de tous mon biscuits.


2) tout ma famille va faire le pique nique. On va faire le BBQ (BBQ de mutton et poulet et aussi le potato russet). Voici la place je vais y aller. Après, je vais parler de cette activities.

3) Je vais aller chez mes amis (kak rohaya, rex, balkis et il y'en a beaucoup). Ils me manquent bien de mes amis. Ça fait un an on ne se voit pas. Je suis desolée mes amis. Je vais telecharger de photo aves tous mes amis. 

~~ Je suis très contente ~~

Sunday, 20 July 2014

20072014 Bonne Aniv pour moi!!

En fait je voudrais dire que j'ai eu un OVEN pour cette année.. Merci beaucoup mon amour. Je t'aime toujours jusqu'à la fin de ma vie.

Aujourd'hui 20-Juillet-2014. Voila mon cadeau de mon mari.

L'année dernier, en 20-Juillet 2013 le cadeau est une livre. Cette année nôtre economie ce n'est pas très bien. Mais, il peut toujours trouver quelque chose pour moi. Merci Allah de donner un homme très sympa dans ma vie.

Dans cette année, en 20-Juillet-2012 il m'a donnée une suprise. Le cadeau est arrivé à mon bureau. Voila le cadeau au-dessous. Le chocolate et une rose. Je suis très contente.

~Merci beacoup mon amour~~ ❤❤❤❤


 


Friday, 18 July 2014

Joyeux Anniversaire Mon Amour


Aujourd'hui 19-Juillet-2014.
Tu est dejà vingt-huit ans. J'espère que tu va bien toujours dans ta vie. Tu va trouver ce que tu veux. Notre vie sera plus mieux qu'avant. 
Je t'aime tellement mon amour. Merci Allah de donner à moi un homme parfait dans ma vie.

~~ une vie parfait ~~

Sunday, 13 July 2014

Majlis Pertunangan Din & Iza

Majlis pada: xx jan 2014

Majlis dah lama tapi baru uploaded gambar dan berceloteh disini. Kualiti gambar gelap dan tak comel langsung sebab pakai phone 3310 jerrr..

Hantaran kepada pihak perempuan telah dibuat oleh Puan D.. Cantik x?? Simple but nice. Budget tak banyak pon. Untuk Sebarang tempahan sila hubungi 013-6xxxxxxx... Hehe.. Layan...

Ini pula hantaran untuk pihak lelaki.. Dibuat oleh makcik Iza..

Ini gambar2 yang sempat disnap. Lupa nk bawak camera so hp pon ok jer la..
-sessi perbincangan bermula..wakil kami yang berhujah adakah En. Muhamad bin Lasim (Abg Chik).

- Sessi mari menyarung cincin dan bergambar (gambar gelap lerrr)

Tahniah ok!! Semoga cepat2 ke jinjang pelamin dan diberkati Allah SWT.

~~ La vie est toujours belle ~~



Saturday, 12 July 2014

Cocktail buah & puding jagung

Setelah siap membuat puding jagung castard (sila lihat entry sebelum ini yer!!) kita bancuh pula bahan2 untuk cocktail buah.

Bahan2:
-Puding jagung kastard yang sudah dipotong
-cocktail buah
-Susu segar/ Susu cair
-susu pekat/ gula
-Ais

Cara:
1. Masukkan ke semua bahan kedalam bekas. Bila sudah sejuk boleh makan beramai2.

Menu ni sesuai bila berkumpul ramai2 bersama keluarga. Cuaca yang panas akan menambah lagi kesedapannya. Hummmm.... Dap mmmmmm..

~~ Ma vie est plus meilleur de temps en temps... Merci bien Allah ~~

Puding jagung kastard

Hari ni berbuka kita buat cocktail.
Jadinya awal2 lagi kita prepair puding jagung supaya ia beku dan sejuk bila nak masukkan dalam cocktail buah nanti. 

Puding jagung kastard
Bahan2:
-1 tin jagung jenis creamy 
-1 tin susu cair
-3 cawan air 
-1 1/2 cawan gula pasir 
-1 1/2 cawan tepung kastard 

Cara2 :
1. Bancuh tepung kastard dengan air hingga sebati kemudian masukkan semua bahan2 lain dan bancuh rata. 
2. Masak puding dengan menggunakan api yang kecil. Masak hingga pekat dan berkilat.
3. Masukkan ke dalam loyang atau talam. 

4. Bila sejuk masukkan dlm peti sejuk sebelum dipotong.

~~ J'espere que demain ma vie sera plus bien que hier ~~

Sunday, 6 July 2014

Resepi Asam Pedas Daging Tetel


Mula2 kena pergi pasar cari daging tetel. Tak tau plak daging tetel ni murah jer. Sekilo RM10. Kalau nak beli cakap jer nak daging tetel. Basuh dulu pakai tepung untuk hilangkan kehamisan daging tu yer.

Masakan ni adalah dari melaka. Memang bila makan pasti akan teringat dan teringin nak makan lagi. Ni 1st time buat sendiri. Biasanya akan makan time kenduri di melaka. Yang sedapnya diorang akan campur daging tetel dengan organ dalaman lembu seperti hati, limpa, paru. Time makan memang syioookk bila dapat macam2 dalam masakan ni. Okla jom kita tengok resepinya.

Bahan2:
-1 kilo daging tetel - direbus dlm 2 jam utk empukkan daging
-1 bawang besar *
-5- 6 bawang putih*
-1 inci halia*
-1 sudu kecil lada hitam biji*
-1sudu besar ketumbar biji*
-1 sudu besar jintan kasar*
-1 sudu besar jintan halus*
1inci lengkuas *
-2 buah keras*
-1 inci kunyit hidup* ( blend bahan*)
-1 sudu besar belacan **
-20-30 cili kering **- direbus dulu dan toskan ( blend bahan** hingga lumat...isi sedikit minyak masak utk hancurkan biji cili kering)
-8 batang serai - diketuk bagi hancur
-2 sudu besar asam jawa - dicampur dgn air
-minyak tuk menumis, garam dan gula
-6 helai daun limau purut
-2 biji tomato - dibelah 6
-2 biji terung panjang/ bulat - dipotong jgn dibuang kulitnya
-1 sudu besar kerisik

Cara2:
1. Tuangkan minyak sedikit. Tumiskan bahan blend * hingga naik bau dan masukkan serai yg telah diketuk tadi.
2. bila dah agak kering airnya tumisan tadi masukkan bahan blend ** masak sampai pecah minyak.
3. bila dah pecah minyak. masukkan daging tetel yg telah direbus tadi bersama2 air rebusan daging. sebelum masukkan daging buang dulu minyak2 yg dah beku kat permukaan air rebusan supaya tak berminyak sgt nanti kuahnye. 
4. masak sampai kuah didih dan masukkan air asam jawa. tambah air kalau terasa kurang air. masak lagi hingga daging betul2 dah lembut. kalau kurang air boleh tambah air lagi.
5. bila dah empuk daging. masukkan kerisik, buah tomato dan terung. masak hingga terung tadi layu atau bertukar warna. 
6. kemudian masukkan daun limau purut yg dicarik2, garam serta gula.
7. rasa kuahnya. kalau dah OK boleh tutup api.


Saturday, 5 July 2014

Puding Roti Karamel Kukus


Bahan2;
-6 keping roti
-gula
-Susu segar/cair
-3 biji telur
-sedikit air
-susu pekat
-esen vanila 

Cara2:
1. Masak gula di atas api yang sederhana sehingga warnanya keperangan. Jangan terlalu perang, nanti gula akan pahit bila makan.
2. Kemudian tuangkan kedalam bekas untuk dikukus.

3. Rendam roti kedalam susu selama 5minit.
4. Kisarkan roti yang direndam, telur, sedikit susu pekat dan sedikit air.
5. Tuang bahan yang dikisar kedalam bekas yang berisi gula yang dimasak tadi.
6. Carik2 roti dan letak kedalam bancuhan.

7. Boleh letak cheese juga. 😜
8. Sedia untuk dikukus sehingga masak. Selama 30 minit.

9. Setelah siap dikukus. Tunggu sehingga sejuk baru diterbalikkan. Masukkan kedalam peti ais. Makan sejuk2 lagi sodappppp..

Yummy.. Bersabar untuk dijadikan dessert untuk berbuka nanti..

~~ La Vie est Belle ~~=